Tujuh
Keajaiban Dunia (atau Tujuh Keajaiban Dunia Purba) merupakan senarai
tujuh ciptaan binaan purba yang menakjubkan. Versi yang paling awal diketahui
telah dibuat pada abad kedua Sebelum Masihi oleh Antipater dari Sidon;
yang menjadi panduan dikalangan pemerhati masyarakat Hellenik yang
hanya memerhatikan hasil kerja pembinaan di sekitar Mediterranean. Senarai
kemudiannya memasukkan ciptaanZaman Pertengahan dan Zaman Moden
Keajaiban | Tarikh | Pembina | Musnah | Punca |
---|---|---|---|---|
Piramid Agung Giza | 2650-2500 SM | Mesir | masih wujud | N/A |
Taman Tergantung Babylon | 600 SM | Babylonia | selepas abad pertama SM | gempa bumi |
Kuil Artemis di Ephesus | 550 SM | Lydia, Parsi, Yunani Purba | 356 SM | terbakar |
Berhala Zeus di Olympia | 435 SM | Yunani purba | antara abad ke-5 dan ke-6 M | terbakar |
Makam Maussollos di Halicarnassus | 351 SM | Parsi, Yunani Purba | sebelum 1494 M | gempa bumi |
Patung Raksasa Rhodes | 292-280 SM | Yunani Hellenistik | 224 SM | gempa bumi |
Rumah Api Iskandariah | abad ke-3 SM | Mesir Hellenistik | 1303-1480 M | gempa bumi |
Ini adalah 7 gambar 7 keajaiban dunia :

Tujuh Keajaiban Dunia Purba (dari kiri ke kanan, atas ke
bawah): Piramid Agung Giza, Taman Tergantung Babylon, Kuil Artemis, Berhala Zeus di Olympia, Makam
Maussollos, Patung Raksasa Rhodes dan Rumah Api Iskandariah
Senarai asal Antipater mempunyai Pintu Gerbang Ishtar dan
bukan Rumah Api Iskandariah. Perubahan kepada
senarai di atas berlaku pada abad ke-6 Masihi. Dari senarai tersebut, hanya
satu sahaja yang masih bertahan dan wujud hingga kini iaitu binaan yang paling
lama — Piramid Giza. Yang menariknya, dua dari keajaiban itu iaitu Kuil Artemis
dan Berhala Zeus musnah dimamah api manakala tiga yang lain iaitu Rumah Api
Iskandariah, Patung Raksasa Rhodes dan Makam Maussollos telah musnah akibat
gempa bumi. Manakala kewujudan Taman Tergantung Babylon masih belum dapat
dipastikan dengan jelas..
No comments:
Post a Comment