Saturday, 3 March 2012

INTERAKSI PELBAGAI TAMADUN PART 2

Interaksi Tamadun Melayu - Tamadun Cina
 

1. Rekod rasmi China bertarikh 638 M mencatatkan Kedah pernah jalin hubungan diplomatik dgn China & para pedagang Kedah berdagang ke China
2. Kedah - pusat perhentian utama bg sami Buddha dr China yg belayar melalui Selat Melaka utk ke India sekitar tahun 250 M
3. Zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dgn China penting agar Melaka selamat dr ancaman musuh
4. Laksamana Cheng Ho bawa perutusan pengiktirafan Parameswara sbg pemerintah kjn Melaka oleh Maharaja China
5. Maharaja China hantar puterinya, Hang Li Po utk dikahwinkan dgn Sultan Mansur Syah.
6. Kelompok yg berasal drp keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali sebagai “Baba dan Nyonya” @ “Peranakan”
7. Awal abad ke-19 - setelah kedatangan kuasa British & penubuhan Negeri-negeri Selat, berlaku pertambahan bilangan orang Cina - golongan peniaga yang berjaya dan dikenali sbg “Cina Selat” @Straits Chinese.


Kesan

Penyebaran Agama
1. Islam di Tanah Melayu di peringkat awalnya dikatakan dtg dari Tanah Besar China ekoran hbg perdagangan
2. Islam yg dtg melalui para pedagang dr Canton dan Hainan pada kurun ke-9 dibuktikan dgn penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048), di Laren, Jawa (1082).

Warisan Cina Peranakan
1. Dikenali sebagai Baba dan Nyonya.
2. Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu.
3. Bahasa Melayu Baba byk mengandungi perkatan Hokkien
4. Cara masakan dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan menjadi kebiasaan bagi mereka makan guna tangan
5. Pakaian kebaya dan kain sarong

Kebudayaan
1. Pertukaran barangan sbg hadiah melalui misi diplomatik perkenalkan pelbagai tekstil (kain) dari negara China seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam, serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu.
2. Adat memberi ang pau yang bermaksud ‘sampul merah’

Perubatan dan Teknologi
1. Rawatan akupuntur dan herba bertujuan menseimbangkan ‘yin’ dan ‘yang’
2. Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi 1,000 jenis mengubat penyakit seperti asma, anemia dan kanser.
3. Teh Cina ataupun ‘green tea’
4. Teknologi - perlombongan, pertanian dan pertukangan
5. Teknologi baru seperti penghasilan barangan termasuklah gula, kertas, kain, bahan letupan, lilin


Tamadun Eropah - Tamadun Lain

1. Perkataan Eropah berasal daripada Europe – berhubung kait dengan lagenda.
2. Europa – anak perempuan Raja Tyre dari pantai Phoenicia (hari ini dikenali sbg Lubnan) jatuh hati dengan Raja Zeus (yg menjelma sbg lembu jantan), dilarikan ke Crete
3. Konotasi – dgn melarikan puteri dari Phoenicia ke Crete – memindahkan pencapaian tamadun-tamadun lama Asia dari timur ke koloni di Laut Aegean (Davies, 1996)

Tamadun Eropah
Empat zaman yang nyata tamadun Eropah:
1)Zaman Silam/Klasik (Yunani, Graeco-Rom; 3000 s.m)
2)Zaman Kebudayaan Aegean (Greek)
3)Zaman Penguasaan Yunani ō Iskandar Zulkarnain
4)Zaman Graeco-Rom/Helenistik

Zaman Pertengahan : Awal (476 m)
1. Kejatuhan Empayar Rom & kemunculan Krjn orang Gasar Charlemagne.
2. Sist. Feudalisme, perkembangan agama Kristian pesat


Zaman Pertengahan : Kemuncak & Akhir (1050 m)
1. Kegemilangan politik, ekonomi & sosial.


Zaman Awal Moden (1500 m)
1. Gerakan Renaisans & Reformasi diikuti ō Revolusi Sains.
2. Zaman Moden (1800 m hingga hari ini).
3. Zaman penyerlahan – revolusi Perancis 1789.
4.Revolusi Perindustrian England 1780an.
 

Interaksi China dan Jepun

1. Berlaku secara aman.
2. Asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah diperkukuhkan identiti oleh Tamadun Jepun. 






dari segi agama dan tulisan
1. agama Buddha diperkembangkan dalam Tamadun Jepun. (Agama Shinto)
2. Tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun. (Hiragama Kalakana)


Perkembangan intelektual dan kesusasteraan.
1. Upacara seperti upacara minum teh dan seni taman.
2. Struktur pembinaan bandar.
3. Ajaran falsafah Konfusianisme seperti penekanan kepada institusi keluarga.
4. Konsep mandat dari Syurga telah memperkukuhkan kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal daripada keturunan Dewi Amaterasu.
5. Sistem pemerintahan berpusat
.

PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA TAMADUN

1. Perbezaan ketara adalah dalam aspek teologi.
2. Persoalan etika kurang mencetuskan kontroversi antaranya:
 

a) Alam sekitar-hidup harmoni dengan alam.
b) Keluarga-asas pembentukan masyarakat
c) Komuniti-menentukan personaliti dan identiti manusia.
d) Kerajaan-moral/akhlak sangat penting,para sarjana spt Moh-Tze,Kautilya,Mawardi membincangkannya dlm buku masing-masing
e) Ekonomi-moral semesta
f) Pendidikan-pembinaan sifat-sifat manusia
g) Kesihatan-pandangan dan pendekatan holistik


  

No comments:

Post a Comment