Pengenalan
Kajian-kajian mutakhir menunjukkan banyak sumbangan sarjana dan jurutera Islam
tersebar ke benua Eropah khususnya Andalus (Sepanyol) dan Itali. Dalam bidang
kejuruteraan awam, kubah dan menara masjid menunjukkan kefahaman dan kemahiran
Islam. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bidang kejuruteraan awam hidologi,
menghasilkan pembinaan beberapa buah terusan. Terusan yang utama ialah terusan
yang menyambungkan Sungai Nil dan Laut Merah. Pembinaan terusan ini memakan
masa selama enam bulan dan panjangnya kira-kira 110km. Teknologi air bawah
tanah diusahakan di Parsi. Bandar Isfahan dikelilingi oleh padang pasir, Sungai
Zayandirud mengalir melalui bandar ini. Jurutera-jurutera awam Islam ketika itu
telah mengalirkan air sungai ini kebeberapa anak sungai yang digunakan untuk
pertanian dan minuman. Teknologi ini telah ditulis oleh Syaikh Bahauddin
al-Amili seorang ahli sufi safavid yang mahir dalam Matematik dan keagamaan.
Bagi negara yang dikeliling pasir pembinaan "qanat" iaitu sistem
pengairan bawah tanah amat berguna kerana dapat mengelakkan pengewapan air.
Rekaan-rekaan yang menarik telah dapat dihasilkan dengan kemahiran dan
kepakaran sarjana Islam dalam segala bidang kejuruteraan pada zaman itu apabila
dicampur dengan rekaan seni-seni halus.
Contoh
kejurutera Islam
Contohnya pada awal abad ke-9M, Khalifah Harun al-Rashid telah menghadiahkan
sebuah jam air yang sungguh menarik kepada Raja Charlemagne.
Pada awal abad ke-8M jurutera-jurutera Islam telah mempelajari teknologi
membuat kertas dan mendirikan beberapa buah kilang kertas di Samarqand dan
Baghdad sebelum akhir abad ke-8M.4
Di Sijistan dan Parsi terdapat beberapa buah kincir angin yang mana orang Islam
telah melopori teknologi mendapatkan sumber tenaga dari angin melalui kaedah
kincir angin. Kincir angin digunakan untuk mengepam air di dalam pertanian.
Teknologi mendapatkan air dan angin telah mendapat perhatian di seluruh dunia
dan ia merupakan penggerak utama sehinggalah kuasa tenaga wap diperkenalkan semasa
revolusi Perindustrian di Eropah. Satu kincir angin boleh mengeluarkan lebih
kurang lima hingga sepuluh kuasa kuda pada ketika itu.
Dalam teknologi perkapalan, jurutera-jurutera Islam telah membina kapal dagang
dan kapal laut. Dengan kemajuan orang Islam dalam bidang astronomi, teknologi
pelayaran telah dapat membawa pedagang-pedagang dan pendakwah-pendakwah Islam
ke seluruh pelusuk dunia seperti China ke sebelah Timur dan hingga ke England
dan Ireland di sebelah Barat.
Tokoh
Sinan
(1538-1588M)
Beliau yang juga dikenali sebagai Mimar Sinan merupakan seorang arkitek yang
merekacipta 360 struktur bangunan termasuklah 84 buah masjid, 51 buah
masjid-masjid kecil, 57 buah sekolah, 7 buah madrasah untuk penghafal al-Quran
yang dikenali sebagai darulkurra, 22 buah , 17 buah rumah api , 3 buah
hospital, 7 buah jambatan , 48 buah rumah tumpangan, 35 tempat –tempat dan
rumah penginapan yang besar, 8 buah bumbung melengkung dan 46 tempat takungan
air / kolam mandi. Dengan perkataan lain, beliau menjadi pengurus terkenal
dalam kerja-kerja pembinaan pada zaman kerajaan Othmaniah selama hampir 50
tahun.
No comments:
Post a Comment